Tuesday, September 10, 2013

kucai - akhirnya bertemu jua

Sejak saya berkecimpung secara serius dalam tanam-menanam nih, inilah pokok idaman yang dah lama dicari-cari, baru kini bertemu jua. Benar kata en is tanamsendiri yang bebawang kucai sangat sukar diperolehi @ di jual di mana2 nursery atau pasar tani, kalau ada pun tak jual....

Pernah sekali semasa saya pergi  kesebuah nursery masa awal bulan puasa ari tu survey2 pokok apa yang ada, saya terpandang la pokok kucai ni, terus ati berbunga riang ada harapan nak beli. 

Bila tanya pekerjanya berapa harga sepokok, die cakap tauke tak jual, tanam untuk makan je, 
tapi saya tak mengalah lagi terus pujuk2 mintak beli, hmmm tapi hampeh ayat pujuk tak power, so kami pulang tangan kosong dengan hati yang keciwa, so sadd..... 



Tapi masa kami balik bercuti raya di kampung, saya sempat la pergi bawak mak saya shopping barang di tunas manja, maran. Kebetulan hari tu ada pasar tani di bandar maran, apalagi saya pun jalan-jalan cuci mata. dan tak disangka-sangka  ternampak dek mata saya sorang pakcik nih dia jual sayur kampung dan jugak anak pokok. So kerana memang habit saya pantang tengok orang jual anak pokok mesti nak pegi belek lagi dekat.

Rupa2nya Allah nak temukan saya dengan si kucai ini, apa lagi terus beli dengan harga rm6 se polibeg. Ada tujuh pokok dalam tuh, memang heppi sesangat....sekarang, pokok nih saya da alih ke atas tanah di kebun belakang rumah kami...


No comments:

Post a Comment