Tuesday, July 30, 2013

my peppermint tree

Saya telah mencuba menanam pudina sebanyak tiga kali. Keratan batangnya dibeli dari peniaga di pasar tamu Satok. Percubaan pertama gagal apabila semua keratan yang disemai secara menegak jadi hitam dan akhirnya mati. Percubaan kedua saya tanam dengan kaedah batangnya diletakkan memanjang dalam tanah supaya lebih banyak akar yang akan tumbuh dan hanya dua mata tunas dibiarkan untuk tumbuh pucuk. Alhamdulillah percubaan kedua membuahkan hasil. Hampir semua keratan yang disemai bertunas. Tapi lama-kelamaan tinggal satu je survive, yang lain semua tak panjang umur. This is my survivor yang ditanam dalam kotak gabus. Saya plan nak alih ke tengah kotak supaya die ade ruang banyak untuk beranak pinak, tapi husband tak bagi, takut mati. So biarkan aje duk melukut kat tepi kotak.



Percubaan ketiga saya tanam dengan tujuan nak tambah kan koleksi pudina saya, nanti senang kalau nak masak beriani ke buat teh ke, takde la segan-segan nak petik daun dia.
Tapi entah ape silapnya, tak ade rezeki, keratan yang pada mulanya bertunas lama-kelamaan layu. jadi hitam dan last-last mati. Sedih tau...sob..sob..sob...
Lepas ni saya dah malas nak semai baru, cuma juz nak jaga yang sedia ada nih dengan penuh kasih sayang dan perhatian.

6 comments:

  1. salam...ingat senang tanam pudina rupanya mencabar jgk ya...hrp pudina yg ada tu terus subur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya mencabar la, tak tau la orang lain, itula, harapkan yg tu je membiak

      Delete
  2. Salam,

    Baru tanya Mak Aji Greenfingers senang ke susah nak tanam pudina,mak Aji yang greenfingers
    cakap senang,tapi mungkin sebab dia greenfingers kot hehe.Saya pun nak try tanam dari keratan
    tapi kat sini(Johor) tak penah pula saya nampak pudina segar dijual kat pasaraya...hari tu
    try tanam oregano dari keratan yg beli kat tanamsendiri.com pun tak berhasil :(
    Tapi saya terfikir Pn. Zila sangat innovatif sbb boleh terfikirkan untuk tanam keratan tu
    secara melintang,saya pun nak try gak nt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try n error je, cuba cari pudina fresh kat pasar basah, selalunya macam2 ade kat situ

      Delete
  3. Oh lupa nak cakapkan terima kasih..Pn Zila adalah orang pertama yang link dengan blog ciput saya :)

    ReplyDelete