Thursday, May 16, 2013

Selasih oh Kemangi

Hasil kajian ilmiah daripada buku dan pakcik google, baru kome tahu rupe-rupenya selasih dan kemangi adalah dari keturunan yang sama iaitu basil..Selain tu ade juga sweet basil, tulasi, thai basil dan satu lagi, tak ingat nama ape...
Niat hati memang teringin nak cukupkan koleksi basil ni...tapi apakan daya setakat ni di kebunkome cuma ada dua beradik ni je...Hanya cuba-cuba tanam menggunakan keratan batang yang dibeli di pasar tamu sebulan yang lepas...1 ikat RM1 aje...murah kannn.....
Ada jugak peniaga yang jual anak pokok sweet basil dengan harga RM8 satu polibeg...hmmm...mahal tak??
pokok kemangi
Yang ini pokok kemangi, pucuk muda sedap dicampur dengan bayam masak air. Pernah cuba makan sebagai ulam mentah cicah sambal belimbing hitam dan campur dalam maggi kari..PERRGHHHH....... sedap  pepaliiihhhhhhh........rugi kalo tak try...
pokok selasih
Kalau yang ini pulak pokok selasih..itu yang tokey gerai pasar tamu bagi tau...yang ni pun kami try makan sebagai ulam tapi rase dia kuat..kami prefer daun kemangi lagi buat ulam..
Pucuk muda saya campurkan sebagai garnish untuk masakan keli goreng pedas...naik die punya bau...
Alhamdulillah kedua-dua pokok ni masih hidup hingga ke hari ini...harap-harap pokok ni akan tumbuh dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan..
Hehehehe...
Sebelum terlupa...SELAMAT HARI GURU untuk semua guru yang ada di MALAYSIA..

nota kaki: (loghat pahang)
kome=saya, aku, kami
sedap pepalih=sangat sedap 

1 comment:

  1. Salam...saya nk buat research ttg pohon selasih ni...mna boleh sy dpt kan anak pokok ni ye? Ade tahu mana2 no penjual anak pokok ni x? Tq..kalo ade mesej no ni ya 0134158746. .taufiq

    ReplyDelete