Tuesday, May 21, 2013

diam diam ubi berisi....makin diam makin menjadi

Orang dolu-dolu punya peribahasa selalu diilham dari alam semulajadi kan????Kome bukan nak cerita pasal peribahasa ni tapi pasal koleksi tanaman kebunkome iaitu pokok ubi kayu.

Ada 2 jenis iaitu ubi kayu berdaun lebar dan ubi kayu berdaun panjang. Setakat ni kome dah tanam 5 perdu daun lebar dan 2 perdu daun panjang. Benih daun lebar ambil dari ubi yang tumbuh meliar kat tepi jalan. Benih daun panjang pulak... as usual imported from Jengka.

Pokok ubi ni baru berusia 2 bulan lebih dan sangat mudah ditanam. Cucuk je batang die kat atas tanah, insyallah dalam tempoh seminggu dah bertunas. Kami dah pernah petik sekali pucuk muda.

Abah pesan kalau nak petik pucuk muda ubi kayu yang baru ditanam/sedang membesar, jangan patahkan seluruh pelepah pucuk muda tapi kita juz petik daun muda ketiga dan keempat. Yang lain tinggalkan kat pokok.

KENAPA????sebabnya  tak nak tumbesaran ubi terbantut.

ubi kayu daun lebar

ubi kayu daun panjang

No comments:

Post a Comment